Monday, January 20, 2014

Perlukah Makanan Tambahan / Supplement?

Vitamin dan Mineral
 
Badan kita sangat memerlukan Vitamin dan Mineral untuk kekal sihat. Vitamin dan Mineral membekalkan tenaga dan kecergasan agar kita dapat melakukan aktiviti harian, selain mendukung daya tahan tubuh dalam melawan / menangkis Ancaman Penyakit.
 
Apa Itu Vitamin?
 
Vitamin adalah antara zat yang membina tubuh kita. Melalui pemakanan, badan memperoleh vitamin secara semulajadi. 
 
Apa itu Mineral?
 
Mineral perlu didapatkan daripada makanan. Mineral tidak dapat diciptakan oleh tubuh kita. Fungsi Mineral amat penting untuk perkembangan dan pemeliharaan tubuh. Antaranya: Kalsium, Kalium, Magnesium, Sodium, Besi.
Apa Itu Supplement?
 
Supplement merupakan makanan kesihatan tambahan yang diproses daripada sumber semula jadi. Supplement dijadikan makanan atau minuman tambahan bagi membantu mengekalkan kesihatan tubuh. Suplemen berbeza dengan ubat. Ubat dicipta daripada bahan jenis dadah yang sememangnya tidak baik untuk tubuh.
Kenapa Kita Perlu Ambil Supplement?
 
Tubuh badan kita memerlukan kira-kira 45 jenis zat gizi makanan seperti protein, karbohidrat, serat, lemak setiap hari. Namun agak mustahil untuk kita memenuhi kesemua keperluan zat gizi tersebut. Justeru, pengambilan makanan tambahan / supplement dapat menggantikan kekurangan Vitamin dan Mineral terbabit. 
 
Gaya hidup tidak sihat, pencemaran alam sekitar menyebabkan kita perlukan lebih banyak vitamin untuk kesihatan optimum.

Perlukah Supplement?

Ya, supplement sangat perlu untuk seseorang. Bukan hanya untuk berdiet, malah untuk kesihatan  optimum tubuh badan. Perlu diingat, supplement bukan ubat!
 
 
Persatuan Pemakanan Malaysia menggariskan 3 golongan berikut sebagai golongan yang perlu mengambil Makanan Kesihatan Tambahan / Supplement.
 
* Warga tua / Golongan Lanjut Usia - Golongan ini biasanya  kurang mempunyai selera makan. Kesannya, mereka tidak boleh makan dengan kuantiti yang diperlukan. Ketiadaan gigi menyebabkan makanan tidak dapat dihancurkan dengan sempurna dan proses penghadaman menjadi kurang efisien.
Justeru, mereka memerlukan makanan gantian yang mengandungi karbohidrat, protein, garam galian dan vitamin yang mencukupi.
* Wanita hamil dan kanak-kanak - Perkembangan janin memerlukan permintaan zat pemakanan dua kali ganda. Pengambilan asid folik, vitamin B dan zat besi dapat mencegah risiko kecacatan saraf tunjang pada bayi. Kanak-kanak mungkin perlukan makanan tambahan jika mereka tidak makan makanan bervariasi. 
* Selama atau setelah sakit - Seseorang pesakit mungkin memerlukan makanan gantian. Supplement dapat mempercepatkan kepulihan. Pesakit yang menjalani pembedahan perlukan supplement sehinggalah mereka benar-benar sembuh dan organ-organ tubuh dapat berfungsi seperti biasa.
 
Selain kelompok di atas, para atlet, perokok, mereka yang sedang menjalani diet, juga disarankan mengambil Makanan Tambahan / Supplement
 
Jenis-jenis Supplement
 
Terdapat tiga jenis suplemen yang ada di pasaran iaitu suplemen sintetik, organik dan semula jadi. Suplemen juga terdapat dalam bentuk pil, kapsul, tepung, gel lembut, ekstrak atau cecair. Ada juga jenis yang boleh dimasukkan ke dalam air atau snek pemberi tenaga.
 
Mengapa Pilih Shaklee?
 
Zaman moden ini, lambakan Makanan Kesihatan Tambahan / Health Supplement di pasaran. Fungsi dan bentuknya pun bermacam-macam. Sebahagian daripada produk terbabit belum diuji tahap keselamatan dan keberkesanan. Kandungan racun terlarangnya juga diragui...
 
 
Kebaikan Supplement Shaklee!
 
Fungsi Supplement Shaklee!
 
 

No comments:

Post a Comment