Tuesday, January 14, 2014

KOLAGEN & WANITA

Kolagen Dan Wanita
 
Tanya lah mana-mana wanita. Semua wanita menginginkan kulit wajah yang mulus, gebu, halus dan licin, serta berseri-seri.
 
Siapa yang nak kulit wajah berminyak, penuh jerawat, liang pori kasar, kedut seribu atau pun kering kusam,??
 
Wanita-wanita pada zaman dulu mengamalkan makan ulam-ulaman dan jamu untuk kekal awet muda.
 
Zaman berubah, era canggih dan moden ini, makanan tambahan kolagen menjadi pilihan popular ramai wanita. Mudah, senang, pantas dan kesan yang memberansangkan!
 
Apa Itu Kolagen?
 
Kolagen / Collagen  merupakan sejenis protein penting yang berfungsi memelihara keremajaan atau memberi keanjalan kepada kulit. Ia meliputi kira-kira 25 hingga 35% daripada jumlah keseluruhan protein dalam badan kita. Manakala 80% struktur kulit terbentuk daripadanya.
 
Kolagen merupakan ramuan yang lazim terkandung dalam kebanyakn produk awet muda.
 
Apa Fungsi Kolagen?
 
Fungsi kolagen adalah memelihara kulit daripada dalam dan memastikan proses penggantian sel kulit sentiasa berlaku selain mengelakkan kulit menjadi kering dan mengurangkan kedutan. Dalam penghasilan kolagen, Vitamin C akan bertindakbalas dengan asid amino dengan menambahkan hidrogen dan oksigen di dalam sel kolagen itu sendiri.
 
Kolagen sememangnya berkesan mengurangkan bilangan, kepadatan dan kejelasan (ketampakan) kedutan. Kajian klinikal membuktikan kolagen memastikan keanjalan dan kesegaran kulit.
 
Kolagen akan mengaktifkan penjanaan semula sel badan baru. 
 
Masalah Kekurangan Kolagen
 
Peningkatan usia, menyebabkan kandungan kolagen makin berkurangan dalam badan kita. Keupayaan kulit untuk menghasilkan kolagen baru semakin menurun. Kajian mendapati proses pengurangan kolagen bermula seawall usia 25 tahun, dengan kadar penyusutan sebanyak 1.5 peratus setahun.
 
Badan kita dianggarkan kehilangan 30% kolagen semula jadi ketika mencecah usia 45 tahun.
 
Punca Kekurangan Kolagen
 
Faktor semula jadi akibat proses penuaan, faktor alam sekitar seperti sinaran ultraungu (UV), gaya hidup seperti tekanan kerja dan tabiat merokok serta penggunaan kosmetik tinggi kandungan kimia mempercepatkan lagi kehilangan kolagen.  
Kesan Kekurangan Kolagen
 
Kesan Kekurangan Kolagen dalam badan akan menimbulkan kesan ketara ke atas kulit. Kulit mula hilang keanjalannya. Tanda-tanda awal, garis-garis halus kedutan mula kelihatan. Jeragat, kusam dan kurang bermaya.
 
Tambahan pula, pengurangan kolagen boleh mengganggu bahagian badan lain, terutamanya dalam penjanaan semula tisu-tisu lembut. Apabila kolagen dalam tisu lembut semakin berkurangan, ini mengakibatkan kesukaran pengangkutan toksin dari sel ke sistem limfa.
 
Ia juga menghalang pergerakan nutrisi dan hidrasi yang mempunyai kesan ke atas kesihatan keseluruhan, langsung mempengaruhi keadaan kulit dan sel lain. Pada masa yang sama, keadaan tulang, kuku dan rambut akan turut menunjukkan tanda-tanda awal penuaan.
 
 
Kebaikan Collagen Powder Shaklee
 
Keberkesanan Collagen Powder Shaklee sememangnya terbukti mampu menjadikan kulit lebih cerah, cantik dan licin serta anjal dalam masa singkat!
 

Kelebihan Collagen Powder Shaklee

 

 
Pengambilan Collagen Powder Shaklee
 
 
Harga Collagen Powder Shaklee