Monday, January 20, 2014

Perlukah Makanan Tambahan / Supplement?

Vitamin dan Mineral
 
Badan kita sangat memerlukan Vitamin dan Mineral untuk kekal sihat. Vitamin dan Mineral membekalkan tenaga dan kecergasan agar kita dapat melakukan aktiviti harian, selain mendukung daya tahan tubuh dalam melawan / menangkis Ancaman Penyakit.
 
Apa Itu Vitamin?
 
Vitamin adalah antara zat yang membina tubuh kita. Melalui pemakanan, badan memperoleh vitamin secara semulajadi. 
 
Apa itu Mineral?
 
Mineral perlu didapatkan daripada makanan. Mineral tidak dapat diciptakan oleh tubuh kita. Fungsi Mineral amat penting untuk perkembangan dan pemeliharaan tubuh. Antaranya: Kalsium, Kalium, Magnesium, Sodium, Besi.
Apa Itu Supplement?
 
Supplement merupakan makanan kesihatan tambahan yang diproses daripada sumber semula jadi. Supplement dijadikan makanan atau minuman tambahan bagi membantu mengekalkan kesihatan tubuh. Suplemen berbeza dengan ubat. Ubat dicipta daripada bahan jenis dadah yang sememangnya tidak baik untuk tubuh.
Kenapa Kita Perlu Ambil Supplement?
 
Tubuh badan kita memerlukan kira-kira 45 jenis zat gizi makanan seperti protein, karbohidrat, serat, lemak setiap hari. Namun agak mustahil untuk kita memenuhi kesemua keperluan zat gizi tersebut. Justeru, pengambilan makanan tambahan / supplement dapat menggantikan kekurangan Vitamin dan Mineral terbabit. 
 
Gaya hidup tidak sihat, pencemaran alam sekitar menyebabkan kita perlukan lebih banyak vitamin untuk kesihatan optimum.

Perlukah Supplement?

Ya, supplement sangat perlu untuk seseorang. Bukan hanya untuk berdiet, malah untuk kesihatan  optimum tubuh badan. Perlu diingat, supplement bukan ubat!
 
 
Persatuan Pemakanan Malaysia menggariskan 3 golongan berikut sebagai golongan yang perlu mengambil Makanan Kesihatan Tambahan / Supplement.
 
* Warga tua / Golongan Lanjut Usia - Golongan ini biasanya  kurang mempunyai selera makan. Kesannya, mereka tidak boleh makan dengan kuantiti yang diperlukan. Ketiadaan gigi menyebabkan makanan tidak dapat dihancurkan dengan sempurna dan proses penghadaman menjadi kurang efisien.
Justeru, mereka memerlukan makanan gantian yang mengandungi karbohidrat, protein, garam galian dan vitamin yang mencukupi.
* Wanita hamil dan kanak-kanak - Perkembangan janin memerlukan permintaan zat pemakanan dua kali ganda. Pengambilan asid folik, vitamin B dan zat besi dapat mencegah risiko kecacatan saraf tunjang pada bayi. Kanak-kanak mungkin perlukan makanan tambahan jika mereka tidak makan makanan bervariasi. 
* Selama atau setelah sakit - Seseorang pesakit mungkin memerlukan makanan gantian. Supplement dapat mempercepatkan kepulihan. Pesakit yang menjalani pembedahan perlukan supplement sehinggalah mereka benar-benar sembuh dan organ-organ tubuh dapat berfungsi seperti biasa.
 
Selain kelompok di atas, para atlet, perokok, mereka yang sedang menjalani diet, juga disarankan mengambil Makanan Tambahan / Supplement
 
Jenis-jenis Supplement
 
Terdapat tiga jenis suplemen yang ada di pasaran iaitu suplemen sintetik, organik dan semula jadi. Suplemen juga terdapat dalam bentuk pil, kapsul, tepung, gel lembut, ekstrak atau cecair. Ada juga jenis yang boleh dimasukkan ke dalam air atau snek pemberi tenaga.
 
Mengapa Pilih Shaklee?
 
Zaman moden ini, lambakan Makanan Kesihatan Tambahan / Health Supplement di pasaran. Fungsi dan bentuknya pun bermacam-macam. Sebahagian daripada produk terbabit belum diuji tahap keselamatan dan keberkesanan. Kandungan racun terlarangnya juga diragui...
 
 
Kebaikan Supplement Shaklee!
 
Fungsi Supplement Shaklee!
 
 

Sunday, January 19, 2014

Lecithin Shaklee Menjana Kepintaran Anak Anda!

Manfaat Lecithin Shaklee
Kebaikan Lecithin Shaklee untuk Kurus, Pintar dan Cantik
Saban hari, Lecithin Shaklee diwar-warkan sebagai Produk Shaklee dalam Set Kurus Bajet Shaklee. Ia merupakan Set Pelangsingan Shaklee, Set Kurus Paling Cepat dan Berkesan. Kurus Tanpa Seksa Diri. Dengan 3 langkah mudah…
Begitulah al-kisahnya Lecithin Shaklee.
Namun hakikatnya, Lecithin Shaklee telah dimanfaatkan sebagai sumber utama bagi membantu mengatasi masalah  otak lembab dalam pelajaran, di kalangan murid-murid sejak lebih 20 tahun dahulu. Lecithin Shaklee merupakan salah satu cara untuk mengatasi masalah pelajar lembam. Satu fakta yang jarang diketahui ramai orang.

Fungsi Lecithin Shaklee untuk Kepintaran?
Menjadi Pintar dan Cerdas dengan Lecithin Shaklee, KERANA Lecithin Shaklee dapat meningkatkan tahap penfokusan seseorang.
Rajah di bawah menerangkan secara saintifik tentang mengapa tahap penyerapan ilmu berbeza-beza mengikut individu.
Lecithin Shaklee
Lecithin Shaklee
1) Lecithin mengandungi Choline
2) Choline adalah element paling penting untuk bergabung bersama ACETATE membentuk acettylcholine pada hujung dendrit (saraf)
3) Acetylcholine akan LOMPAT di SYNAPSE untuk sampai ke receptor (penerima mesej)
4) Dan pergerakan ini berterusan dari otak sehingga ke organ
5) Jika banyak choline, maka lajulah pergerakan mesej untuk sampai dari otak ke receptor
6) Jika tak cukup choline, maka perlahanlah pergerakan mesej untuk sampai dari otak ke receptor
 
 
 
Ayuh semua ibu dan bapa, usah tudung jari pada siapa-siapa, andai anak-anak kita tidak memperolehi nombor 1 dalam kelas! Usah salahkan takdir mahu pun keturunan nenek moyang andai anak-anak kita tidak pernah menerima sebarang hadiah pada Majlis Penyampaian Hadiah di Sekolah!
Ayuh kita berikhtiar dengan memberikan Lecithin Shaklee pada anak-anak, supaya mereka memiliki daya tumpuan yang lebih tinggi terhadap pelajaran. Supaya mereka lebih mudah pick-up ilmu-ilmu yang disampaikan guru-guru.

Ini ikhtiar yang boleh kita lakukan sebagai ibu dan bapa! (Selain daripada memohon / doa pada DIA) Demi masa depan anak-anak kita. Ilmu penuh di dada, masa depan lebih terjamin kan…
Ayuh kita bertindak untuk memperbaiki keadaan ini!
 
 

Tuesday, January 14, 2014

Pengedar Shaklee Kuala Lumpur: KOLAGEN & WANITA

Pengedar Shaklee Kuala Lumpur: KOLAGEN & WANITA: Kolagen Dan Wanita   Tanya lah mana-mana wanita. Semua wanita menginginkan kulit wajah yang mulus, gebu, halus dan licin, serta berseri...

KOLAGEN & WANITA

Kolagen Dan Wanita
 
Tanya lah mana-mana wanita. Semua wanita menginginkan kulit wajah yang mulus, gebu, halus dan licin, serta berseri-seri.
 
Siapa yang nak kulit wajah berminyak, penuh jerawat, liang pori kasar, kedut seribu atau pun kering kusam,??
 
Wanita-wanita pada zaman dulu mengamalkan makan ulam-ulaman dan jamu untuk kekal awet muda.
 
Zaman berubah, era canggih dan moden ini, makanan tambahan kolagen menjadi pilihan popular ramai wanita. Mudah, senang, pantas dan kesan yang memberansangkan!
 
Apa Itu Kolagen?
 
Kolagen / Collagen  merupakan sejenis protein penting yang berfungsi memelihara keremajaan atau memberi keanjalan kepada kulit. Ia meliputi kira-kira 25 hingga 35% daripada jumlah keseluruhan protein dalam badan kita. Manakala 80% struktur kulit terbentuk daripadanya.
 
Kolagen merupakan ramuan yang lazim terkandung dalam kebanyakn produk awet muda.
 
Apa Fungsi Kolagen?
 
Fungsi kolagen adalah memelihara kulit daripada dalam dan memastikan proses penggantian sel kulit sentiasa berlaku selain mengelakkan kulit menjadi kering dan mengurangkan kedutan. Dalam penghasilan kolagen, Vitamin C akan bertindakbalas dengan asid amino dengan menambahkan hidrogen dan oksigen di dalam sel kolagen itu sendiri.
 
Kolagen sememangnya berkesan mengurangkan bilangan, kepadatan dan kejelasan (ketampakan) kedutan. Kajian klinikal membuktikan kolagen memastikan keanjalan dan kesegaran kulit.
 
Kolagen akan mengaktifkan penjanaan semula sel badan baru. 
 
Masalah Kekurangan Kolagen
 
Peningkatan usia, menyebabkan kandungan kolagen makin berkurangan dalam badan kita. Keupayaan kulit untuk menghasilkan kolagen baru semakin menurun. Kajian mendapati proses pengurangan kolagen bermula seawall usia 25 tahun, dengan kadar penyusutan sebanyak 1.5 peratus setahun.
 
Badan kita dianggarkan kehilangan 30% kolagen semula jadi ketika mencecah usia 45 tahun.
 
Punca Kekurangan Kolagen
 
Faktor semula jadi akibat proses penuaan, faktor alam sekitar seperti sinaran ultraungu (UV), gaya hidup seperti tekanan kerja dan tabiat merokok serta penggunaan kosmetik tinggi kandungan kimia mempercepatkan lagi kehilangan kolagen.  
Kesan Kekurangan Kolagen
 
Kesan Kekurangan Kolagen dalam badan akan menimbulkan kesan ketara ke atas kulit. Kulit mula hilang keanjalannya. Tanda-tanda awal, garis-garis halus kedutan mula kelihatan. Jeragat, kusam dan kurang bermaya.
 
Tambahan pula, pengurangan kolagen boleh mengganggu bahagian badan lain, terutamanya dalam penjanaan semula tisu-tisu lembut. Apabila kolagen dalam tisu lembut semakin berkurangan, ini mengakibatkan kesukaran pengangkutan toksin dari sel ke sistem limfa.
 
Ia juga menghalang pergerakan nutrisi dan hidrasi yang mempunyai kesan ke atas kesihatan keseluruhan, langsung mempengaruhi keadaan kulit dan sel lain. Pada masa yang sama, keadaan tulang, kuku dan rambut akan turut menunjukkan tanda-tanda awal penuaan.
 
 
Kebaikan Collagen Powder Shaklee
 
Keberkesanan Collagen Powder Shaklee sememangnya terbukti mampu menjadikan kulit lebih cerah, cantik dan licin serta anjal dalam masa singkat!
 

Kelebihan Collagen Powder Shaklee

 

 
Pengambilan Collagen Powder Shaklee
 
 
Harga Collagen Powder Shaklee
 
 
 
 
 

 
 

 
 

Wednesday, January 1, 2014

CONTACT

Anda boleh menghubungi kami Pengedar Shaklee Anda melalui:
 
SMS/Whatsapp : 017-4666007
 
 
Facebook : PS Low
 
COD : Setia Alam, Shah Alam, Klang

Tuesday, October 18, 2011

dari blog ke FB...

SORRY SESANGAT

SY TIDAK DPT UPLOAD GAMBAR DLM MY BLOG... TAK PASTI PUNCA DAN SEBABNYA... (ni kes buta IT NII)

SO JEMPUT KE FACEBOOK PS COLLECTIONS

TENGAH SALE UTK BAJU MELAYU N BAJU KURUNG KANAK2 sempena raya haji...

anything, boleh aje sms sy @ 017-4666007 tq